Monday, August 30, 2010

MEE SUP ALA KUANG




Bahan-bahan:

Mi kuning atau mihun

ayam (ikut suka)

rempah sup(tumbuk dulu)
bawang merah

bawang putih

serai,garam
cili api (tumbuk )

tomato

daun sup,batang sadri

tauge,tahu

cili merah(racik)

kunyit

Cara-cara:
Tumis bahan rempah untuk sup hingga wangi dengan bawang merah dan bawang putih.

Masukkan ayam yang telah dibersihkan.

Tambah air untuk kuahnya

Masukkan garam,serai dan masak seperti sup biasa.

Potong-potongkan batang sadri dan campakkan ke dalam sup tadi.

Tumis cili api bersama bawang merah,bawang putih hingga wangi.

Masak dengan api yang paling kecil.

Bubuh sedikit kunyit.

Masak hingga wangi.

Ketepikan.


Celurkan mi tadi.
Hias dengan cili merah,tomato yang telah dihiris,tauge,daun sup.
Hidang seperti biasa.

Friday, August 27, 2010

LABU AIR


Bahan-bahan:

1 biji sayur labu air(besar ikut suka)

ikan bilis

cili api

bawang merah

bawang putih

serai,garam,kunyit


Cara-cara:

Siang labu air dan potong dadu.

Buang empulur nya.

Rendam labu air tadi dalam bekas yang berair supaya tidak mudah kering.

Tumbuk cili api bersama-sama dengan ikan bilis dan bawang.

Tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau.

Masukkan serai,garam,kunyit.

Masukkan labu air tadi. Gaul.

Sungkup dan biar hingga labu empuk.

Jika suka banyak kuah,tambah airnya/

Rasa garamnya dan angkat.

Thursday, August 26, 2010

BUBUR CACA


Bahan-bahan:

1 buku keladi (bersihkan,kupas dan potong dadu)

1 buku keledek (bersihkan,kupas dan potong dadu)

1 buku ubi kayu(bersihkan ,kupas dan potong dadu)

gula merah/gula melaka

santan

daun pandan

sedikit sagu mata ikan (basuh dan toskan)


Cara-cara;

Rebus bahan-bahan yang didadu hingga lembut dan empuk.

Masak gula merah/gula melaka bersama daun pandan,kemudian di tapis.

Masukkan santan ke dalam bahan rebus bila bahan rebus telah empuk.

Bubuh gula yang telah ditapis tadi.

Kacau rata.

Masukkan sagu mata ikan tadi.

Bila sagu telah jernih,boleh la di angkat bubur ini.

Rasa gulanya, kalau suka manis,tambah sedikit gula putih.

Wednesday, August 25, 2010

ANYANG


Bahan-bahan:

1 ikat pucuk pegaga

2 potong ikan tenggiri/jenahak/kerapu

lada hitam (ikut suka- tumbuk)

bawang merah

bawang putih

kunyit,serai,garam

sedikit air

asam keping


Cara- cara:

Bersihkan pucuk pegaga (kalau tak suka akarnya,potong )

Toskan.

Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk bersama dengan lada hitam.

Bila telah wangi,masukkan ikan yang telah dibersihkan dan gaul sebentar.

Bubuh air,serai,garam,kunyit dan asam keping.

Masukkan pucuk pegaga tadi.

Sungkupkan.

Jika kuahnya kering,tambah lagi air.

Bubuh tomato yang telah dibelah-belah bila telah hampir masak ikannya.

Angkat.

GULAI UDANG DENGAN PUCUK PEGAGA


Bahan-bahan:

1 ikat pucuk pegaga

udang besar 1/2 kg

bawang merah

bawang putih

serai,garam,kunyit

santan cair

santan pekat

asam keping

tomato 2 biji (belah 2 atau 4)

cili merah 1 ulas (hiris panjang)

cili api (ikut suka)


Cara-cara:

Bersihkan pucuk pegaga dan tos(buang akar kalau x suka)

Udang dibuang kepala dan ekor sahaja.

Bersih dan toskan udang.

Tumbuk cili api bersama bawang merah dan bawang putih.

Jerang santan cair bersama bahan tumbuk.

Bubuh garam,kunyit,asam keping dan serai.

Masak kuahnya dahulu.

Setelah menggelegak,masukkan pucuk pegaga.

Kacau dan masukkan pula udang.

Masukkan santan pekat,tomato dan cili merah.

Rasa garamnya dan angkat 5/8 minit kemudian.
Tips:
Pucuk pegaga boleh digantikan dengan rebung,belimbing buluh atau peria.

Tuesday, August 24, 2010

KARI KERANG


Bahan-bahan:

Kerang 1 kg

santan pekat

santan cair

bawang merah

bawang putih

serai

rempah kari

daun kari

garam


Cara-cara:

Kerang hendaklah di cuci dengan bersih sehingga segala kotoran yang melekat pada kulitnya tanggal.

Cara yang mudah,cuci kerang di bawah air paip yang kuat sambil menggosok-gosok kulit kerang dengan tangan atau berus.

Toskan kerang.

Tumis kan bawang putih,bawang merah,daun kari dan serai hingga wangi.

Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air.

Gaul rata. Masukkan santan cair dan garam.

Biar kuah menggelegak baru lah dimasukkan kerang tadi.

Masukkan santan pekat.

Biarkan hingga kuah masak dan angkat.

Saturday, August 21, 2010

AYAM TIKKA


Bahan-bahan:

1 ekor ayam

3 oz lada kering

2 oz ketumbar

6 ulas bawang merah

6 ulas bawang putih

2 oz kayu manis

1 oz bunga cengkih

3 oz lada hitam

3 oz mentega

garam


Cara-cara:

Bersihkan ayam dan belah dua.

Giling semua rempah dan lumurkan pada ayam.

Mentega hendaklah dicairkan dan disapukan pada ayam bila hendak dipanggang.

Cara memanggang:

Cucukkan ayam kepada besi panjang dan dipanggang atas api arang.

Panggang ayam sampai kuning dan rempah sebati dengan ayam baru diangkat.


Tips:

Boleh juga dipanggang di dalam oven.