Wednesday, November 27, 2013
MY SPAGHETTI
Bahan-bahan:
1 peket spageti (rebus)
1/2 botol kecil sos tomato
1/2 botol kecil sos cili
cili giling(tambahan jika nak pedas)
bawang besar sebuku (potong kiub2)
tomato sebiji (potong kiub2)
bawang putih 5 ulas(cincang)
minyak zaiton
isi ayam (hiris2)
udang (ikut suka)
sotong atau lain2 rencah ikut suka.
1 tin Prego kuning(cheese and herbs)
Cara-cara:
1. Tumis bawang2,masukkan cili giling.
2. Masukkan bahan mentah spt ayam dll.. tumis hingga masak.
3. Masukkan sos-sos tadi, gaul sebentar.
4. Masukkan spageti tadi, dan masukkan sos prego tadi.
5. Gaul rata.
6. Angkat dan hidang.
Wednesday, September 1, 2010
GULAI AYAM KAMPUNG & KEMUMU

Bahan-bahan:
Ayam kampung(siang dan bersihkan)
cili api (ikut suka)
bawang merah
bawang putih
halia,serai
garam,kunyit
batang kemumu(sayat kulit,potong2 dan rendam dalam air garam)
santan cair
pati santan
asam keping
cili merah,tomato
Cara-cara:
Tumbuk cili api,bawang merah,bawang putih,halia.
Masukkan dalam santan cair bersama garam,kunyit dan serai.
Jerang bersama ayam kampung tadi di atas api.
Kacau2 gulai hingga ayam empuk.
Bila ayam telah masak,masukkan batang kemumu tadi bersama pati santan.
Rasa asam garamnya dan masak hingga terbit minyak.
Monday, August 30, 2010
MEE SUP ALA KUANG

Bahan-bahan:
Mi kuning atau mihun
ayam (ikut suka)
rempah sup(tumbuk dulu)
bawang merah
bawang putih
serai,garam
cili api (tumbuk )
tomato
daun sup,batang sadri
tauge,tahu
cili merah(racik)
kunyit
Cara-cara:
Tumis bahan rempah untuk sup hingga wangi dengan bawang merah dan bawang putih.
Masukkan ayam yang telah dibersihkan.
Tambah air untuk kuahnya
Masukkan garam,serai dan masak seperti sup biasa.
Potong-potongkan batang sadri dan campakkan ke dalam sup tadi.
Tumis cili api bersama bawang merah,bawang putih hingga wangi.
Masak dengan api yang paling kecil.
Bubuh sedikit kunyit.
Masak hingga wangi.
Ketepikan.
Celurkan mi tadi.
Hias dengan cili merah,tomato yang telah dihiris,tauge,daun sup.
Hidang seperti biasa.
Hidang seperti biasa.
Friday, August 27, 2010
LABU AIR

Bahan-bahan:
1 biji sayur labu air(besar ikut suka)
ikan bilis
cili api
bawang merah
bawang putih
serai,garam,kunyit
Cara-cara:
Siang labu air dan potong dadu.
Buang empulur nya.
Rendam labu air tadi dalam bekas yang berair supaya tidak mudah kering.
Tumbuk cili api bersama-sama dengan ikan bilis dan bawang.
Tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
Masukkan serai,garam,kunyit.
Masukkan labu air tadi. Gaul.
Sungkup dan biar hingga labu empuk.
Jika suka banyak kuah,tambah airnya/
Rasa garamnya dan angkat.
Thursday, August 26, 2010
BUBUR CACA

Bahan-bahan:
1 buku keladi (bersihkan,kupas dan potong dadu)
1 buku keledek (bersihkan,kupas dan potong dadu)
1 buku ubi kayu(bersihkan ,kupas dan potong dadu)
gula merah/gula melaka
santan
daun pandan
sedikit sagu mata ikan (basuh dan toskan)
Cara-cara;
Rebus bahan-bahan yang didadu hingga lembut dan empuk.
Masak gula merah/gula melaka bersama daun pandan,kemudian di tapis.
Masukkan santan ke dalam bahan rebus bila bahan rebus telah empuk.
Bubuh gula yang telah ditapis tadi.
Kacau rata.
Masukkan sagu mata ikan tadi.
Bila sagu telah jernih,boleh la di angkat bubur ini.
Rasa gulanya, kalau suka manis,tambah sedikit gula putih.
Wednesday, August 25, 2010
ANYANG

Bahan-bahan:
1 ikat pucuk pegaga
2 potong ikan tenggiri/jenahak/kerapu
lada hitam (ikut suka- tumbuk)
bawang merah
bawang putih
kunyit,serai,garam
sedikit air
asam keping
Cara- cara:
Bersihkan pucuk pegaga (kalau tak suka akarnya,potong )
Toskan.
Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk bersama dengan lada hitam.
Bila telah wangi,masukkan ikan yang telah dibersihkan dan gaul sebentar.
Bubuh air,serai,garam,kunyit dan asam keping.
Masukkan pucuk pegaga tadi.
Sungkupkan.
Jika kuahnya kering,tambah lagi air.
Bubuh tomato yang telah dibelah-belah bila telah hampir masak ikannya.
Angkat.
GULAI UDANG DENGAN PUCUK PEGAGA

Bahan-bahan:
1 ikat pucuk pegaga
udang besar 1/2 kg
bawang merah
bawang putih
serai,garam,kunyit
santan cair
santan pekat
asam keping
tomato 2 biji (belah 2 atau 4)
cili merah 1 ulas (hiris panjang)
cili api (ikut suka)
Cara-cara:
Bersihkan pucuk pegaga dan tos(buang akar kalau x suka)
Udang dibuang kepala dan ekor sahaja.
Bersih dan toskan udang.
Tumbuk cili api bersama bawang merah dan bawang putih.
Jerang santan cair bersama bahan tumbuk.
Bubuh garam,kunyit,asam keping dan serai.
Masak kuahnya dahulu.
Setelah menggelegak,masukkan pucuk pegaga.
Kacau dan masukkan pula udang.
Masukkan santan pekat,tomato dan cili merah.
Rasa garamnya dan angkat 5/8 minit kemudian.
Tips:
Pucuk pegaga boleh digantikan dengan rebung,belimbing buluh atau peria.
Subscribe to:
Posts (Atom)
