Thursday, July 15, 2010

TANDOORI CHICKEN


Ingredients
12 chicken drumsticks
1/3 cup(80 ml) lemon juice
4 cloves garlic,crushed
1 tablespoon grated fresh ginger
1/2 cup(125 g) tandoori paste
1 tablespoon ground cumin
1/4 teaspoon paprika
1 pinch of chilli powder
1 cup(250 ml)plain yoghurt
1 teaspoon salt
lemon wedges to serve

Method
Remove the skin from the chicken and make a couple of deep cuts on each side of the drumsticks.
Brush flesh with 3/4 of the lemon juice and marinate for 30 minutes.
Place garlic,ginger,tandoori paste,ground cumin, paprika,chilli powder,yoghurt,salt and the remaining lemon juice in a bowl and mix together.
Place drumsticks in a dish and spread with yoghurt mixture,cover with some plastic wrap and refrigerate for several hours/overnight.
Preheat oven to gas 4.
Place drumsticks on a wire rack,bake until tender.
Serve with lemon wedges/rice/naan bread.

Tips
To make your own tandoori paste.
1/2 onion
4 cloves garlic
1 tablespoon grated ginger
3 teaspoon coriander seeds
1 tablespoon cumin seeds
1 tablespoon lemon juice
1 teaspoon salt
Process the mixture in a food processor.
Combine these with 1/4 teaspoon paprika
1 pinch of chilli powder
1 cup plain yoghurt
few drops of red food colouring

BISKUT MAKMUR


Bahan-bahan

3 gelas tepung gandum

3/4 gelas gula halus

1/2 kati kacang tanah(goreng dan kisar)

1 paun minyak sapi


Cara-cara


Untuk inti

Gaul kacang dengan marjerin


Untuk kulit

Gaul tepung gandum dengan gula.

Masukkan minyak sapi yang sudah dicairkan.


Tips

Adunan yang belum dibentuk dimasukkan ke dalam plastik supaya tidak kering.

Guna minyak sapi QBB jika mahu hasil yang memuaskan.

Wednesday, July 14, 2010

BISKUT KELAPA & KULIT KAYU MANIS


Bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
4 oz mentega
4 oz marjerin
1 cawan gula
1/2 camca teh serbuk kayu manis
2 butir kuning telur
2 oz kelapa kering

Cara-cara
Ayak tepung,kulit kayu manis.
Gaul dengan marjerin,mentega dengan hujung jari.
Masukkan gula. Gaul rata.
Masukkan kuning telur. Gaul.
Bulat2kan kemudian golekkan atas kelapa kering.
Bakar.

Monday, July 12, 2010

BISKUT DAM



Bahan-bahan putih
250 g mentega
150 g gula aising
325 g tepung gandum
Bahan-bahan koko
250 g mentega
125 g gula aising
325 g tepung gandum
25 g serbuk koko

Cara membuat bahagian putih
Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
Masukkan tepung .

Cara membuat bahagian koko
Sama seperti putih cuma masukkan koko.

Cara membuat keseluruhan
Canai adunan putih setebal 1 cm.Buat sama dengan adunan koko.
Lekatkan berselang-seli hingga menjadi seperti dam.
Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam.
Setelah keras,potong nipis dan bakar hingga kuning.


IKAN TIGA RASA


Bahan-bahan
1 ekor ikan(pilihan sendiri-bawal/kerapu/siakap/kembung dll)
4 sudu makan minyak
garam,gula,serbuk perasa

Kisar
1 biji bawang besar
5 biji cili merah
8 biji cili padi
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
3 sudu makan cuka
1 tangkai daun ketumbar
1 biji buah tomato

Cara-cara
Goreng ikan hingga garing,ketepikan.
Tumis bahan kisar sehingga kkuah pekat.
Masukkan garam,gula dan serbuk perasa.
Tuang ke atas ikan tadi.

Sunday, July 11, 2010

JUS YOGURT




Bahan-bahan
150 ml jus oren
75 ml yogurt tanpa lemak
1 sudu teh madu
1 biji pisang (buang kulit)
sedikit kiub ais
ceri merah

Cara-cara
Kisar jus oren dan pisang hingga hancur.
Masukkan madu,yogurt dan kisar lagi hingga sebati.
Tuang dalam gelas,bubuh kiub ais dan hias dengan hirisan limau dan ceri.
LASSI MANGGA
Bahan-bahan
90 ml jus mangga
30 ml air gula sirap merah
2 sudu makan yogurt
sedikit krim putar
kiub ais dan ceri
Cara-cara
Tuangkan yogurt dan jus mangga ke dalam pengisar.Kacau rata.
Masukkan kiub ais dan kisar hingga sebati.
Tuang dalam gelas dan bubuh sirap merah dan krim putar.

SALMON AND CAMEMBERT CROQUETTES


Ingredients
3 large potatoes(1 kg)
1 small onion(chopped)
2 x 210g cans pink salmon,drained and flaked
1 tablespoon chopped fresh parsley
2 teaspoon finely grated lemon rind
1/4 cup lemon juice
1 tablespoon vinegaar
1 egg,lightly beaten
ground pepper
60 g camembert cheese,cubed
1/4 cup plain flour1
1-1/2 cups fresh white breadcrumbs
oil,for deep frying
2 eggs for coating

Method
Cook potatoes in large pan until tender,drain and mash.
Add onion,salmon,parsley,lemon rind and juice,vinegar,egg,pepper to taste.
Stir and combine.
Divide mixture into 16 evenly sized portions.
Form into a sausage shape.
Put the cheese into the centre of each one.
Combine flour and pepper in a sheet,and toss the croquettes in the seasoned flour.
Dip into beaten egg,then into the crumbs.
Store and covered into the refrigerator for 3 hours.
Heat oil and fry the croquettes until golden brown.
Drain oil and serve.

Tips
You can use one egg instead of two for coating,beating in a little milk for sufficient liquid.

NASI DAGANG PUTIH


Bahan-bahan
7 tin susu beras
1 tin susu beras pulut
6 ulas bawang merah dihiris
1 cm halia dihiris
1 sudu makan halba
garam
santan cair dan pati santan

Cara-cara
Campur beras dan beras pulut.Rendam 2 jam.
Toskan beras,kukus hingga separuh kembang.
Angkat dan masukkan santan cair,gaul dan kukus semula.
Angkat setelah 10 minit dan masukkan pati santan,bawang,halia,halba dan garam.
Gaul rata dan kukus semula hingga masak.

GULAI IKAN TONGKOL

Bahan-bahan
2 ekor ikan tongkol
2 senduk cili
santan
1 senduk bawang merah tumbuk
1 sudu besar halia tumbuk
4 ulas bawang putih tumbuk
1 senduk rempah kurma
2 keping kecil gula melaka
3 sudu teh gula pasir
4 biji cili merah dan cili hijau belah 2
asam keping,garam.

Cara-cara
Bersihkan ikan.
Panaskan minyak,tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau.
Masukkan ikan,gula melaka,gula,garam.
Masukkan santan bila sudah mendidih bersama asam,cili.
Setelah sebati dan pekat boleh lah di angkat.

Tips
Jika tidak suka gulai yang manis,tinggalkan gula.
Jika suka lebih pedas,tambah cili.

KEK MANGKUK COMEL


Bahan-bahan
6 biji telur
3 cawan tepung gandum
2 cawan gula kastor
1 cawan mentega
2 sudu besar susu tepung
3 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil sirap kencana

Cara-cara
Mentega,gula dan esen dipukul hingga kembang.
Masukkan telur sebiji-sebiji.
Masukkan tepung,serbuk penaik dan sirap
Pukul hingga sebati.
Masukkan ke dalam beg aising dan paipkan ke dalam mangkuk kertas.
Bakar.
Sejukkan dan hias ikut suka.

BAMIAH


Bahan-bahan
1 kati daging kambing/lembu
1/4 kati bendi
3 ulas bawang besar (cincang)
3 biji tomato (hiris)
1 tin kecil minyak sapi
halia sebesar ibu jari (tumbuk)
5 ulas bawang putih(tumbuk)
1 camca kecil lada sulah
1 cawan susu
1/2 biji limau nipis
1 tin kecil tomato puri/1 senduk sos tomato

Cara-cara
Potong daging,toskan.
Cuci bendi.
Bawang putih,halia,bawang besar digaul dengan daging hingga mesra.Biarkan meresap seketika.
Jerang periuk daging dengan 2 mangkuk air hingga empuk. Tambah air jika perlu.
Bila empuk,masukkan susu cair,tomato puri.
Setelah hampir masak,masukkan bendi.
Didihkan dalam 5-10 minit. Angkat.

CHUNKY DOUBLE CHOCOLATE COOKIES


Ingredients
115 g unsalted butter
115 g light muscovado sugar
1 egg
5 ml vanilla essence
150 g self raising flour
115 g plain chocolate (roughly chopped)
75 g porridge oats
115 g white chocolate (roughly chopped)

Method
Cream butter and sugar in a bowl until fluffy.
Add egg and vanilla. Beat well.
Stir flour over the mixture.
Add oats and chopped chocolates.
Place small spoonfuls of the mixture and leave space for spreading.
Bake until golden brown.

Saturday, July 10, 2010

recipe: KERABU BUNGA KANTAN

recipe: KERABU BUNGA KANTAN: "Bahan-bahan:4 kuntum bunga kantan2 ulas bawang merah2 sudu gula2 batang serai2 inci halia20 biji lada hitamudang kering1 cawan kelapasediki..."

KERABU BUNGA KANTAN


Bahan-bahan:
4 kuntum bunga kantan
2 ulas bawang merah
2 sudu gula
2 batang serai
2 inci halia
20 biji lada hitam
udang kering
1 cawan kelapa
sedikit asam jawa,garam

Cara-cara:
Bunga kantan dibersihkan,kemudian dimayang halus.
Bawang merah,halia,lada hitam dan udang digiling/tumbuk lumat.
Kelapa parut digaulkan dengan asam jawa,gula dan bahan giling.
Masukkan bunga kantan .
Gaul rata.
Bila sesuai rasanya,boleh lah dihidang.

Friday, July 9, 2010

SARDIN GULUNG


Bahan-bahan:
(pastri)
4 oz tepung gandum
2 oz majerin
garam
4 camca besar air sejuk
(inti)
2 ekor ikan sardin (lecek)
1 biji cili merah
1 biji bawang besar
2 biji timun (hiris)
1/2 biji telur
daun sup
air limau nipis
lada sulah

Cara-cara:
Cili dihiris 4.
Cincang bawang ,timun,daun sup.
Campurkan cili,bahan cincang,ikan dan masukkan garam,lada sulah dan air limau.
Canai pastri dan masukkan inti.
Pastri dipotong 4 segi.
Gulung pastri,kelar dan sapu telur atasnya.
Bakar dalam ketuhar dalam 15 minit.

IKAN SUMBAT


Bahan-bahan:
ikan cencaru (belah belakang)
kelapa parut
cili merah
bawang merah
bawang putih
serai
sedikit belacan,garam,kunyit
udang kering

Cara-cara:
Ikan cencaru dibelah belakang.Bersihkan.
Tumbuk udang, bawang merah,bawang putih,cili,serai hingga lumat.
Masukkan belacan,garam dan kunyit.
Gaul rata ersama kelapa parut tadi.
Sumbatkan ke dalam ikan tadi dan goreng hingga masak.

Thursday, July 8, 2010

STIR FRIED FRAGRANT CLAMS


500 g clams
2 tablespoon tapioca flour
8 dried chillies,cut and soaked
2 stalks curry leaves
1 stalks lemongrass
1 tablespoon shredded young ginger
10 chilli padi,chopped
1 tablespoon black bean and garlic paste
oil/margarine

Seasoning:
1 tablespoon fish sauce/nampla
1 tablespoon oyster sauce
/2 teaspoon chicken stock
sugar,pepper


Method:
Soak clams in salty water for 30 min.Rinse,wipe dry.
Heat oil.(deep fry clams)
Dish up and sprinkle evenly with tapioca flour.
Heat oil. Saute lemongrass and ginger.Dish up and set aside.
Saute dried chillies and curry leaves. Add margarine and fry chilli padi,dried chillies,black bean and garlic paste until fragrant.
Stir in seasoning and clams.
Blend well.

ACAR NYONYA

Bahan-bahan:
1 biji timun
1 batang lobak merah
4 inci halia
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah
sedikit cuka,gula,belacan
2 sudu besar udang kering
6 biji cili kering

Cara-cara:
Timun dibuang biji kemudian dipotong panjang2.
Lobak dikikis kulit dan dipotong seperti timun.
Halia dikikis kulitnya kemudian dimayang.
Cili merah dibelah 6 dan buang bijinya.
Bawang merah dan putih dikupas.
Panaskan air hingga menggelegak dan celur bahan-bahan ini satu persatu.
Toskan semuanya.
Tumbuk cili kering bersama udang kering dan belacan.
Panaskan minyak,tumis bahan giling dan tambah cuka,gula dan garam.
Bila dah wangi,masukkan bahan celur tadi.

Tips:
Sedap dimakan dengan nasi minyak,beriani,tomato dll.

Wednesday, July 7, 2010

HOT SOUR CRABS

Ingredients:
600 g flower crabs
tapioca flour (for dusting)
Garnishing
1 stalk spring onion
1 sprig coriander leaves

Chop and combine (a)
1 tablespoon ginger
2 sprigs curry leaves
1 tablespoon shallots
1 tablespoon garlic
1 tablespoon taucu(soya paste)

Season dan combine (b)
2 tablespoon chilli sauce
2 tablespoon tomato sauce
2 tablespoon lime juice
2 tablespoon sugar
1 tablespoon fish sauce
salt,pepper
1/2 cup water
1 teaspoon anchovies granules

Method:
Cut crabs (halves) and toss with flour.
Fry the crabs.Put aside.
Fry chopped ingredients.(a) Add seasoning .
Add sauces,water.(b)
Stir and simmer. Add crabs.Simmer until gravy thickens.
Garnish as desire.

GULAI DAGING SALAI

Bahan-bahan:
daging salai
santan cair
santan pekat
cili api/padi/burung
bawang merah
bawang putih
serai
halia
garam
kunyit
belimbing buluh

Cara-cara:
Tumbuk halia, cili,bawang merah,bawang putih hingga lumat.
Masukkan bahan tumbuk ke dalam santan cair bersama garam,kunyit,serai dan daging salai.
Masak hingga menggelegak.
Bila gulai telah hampir masak,masukkan santan pekat/pati dan belimbing buluh yang telah dibersihkan.
Kecilkan api,masak hingga terbit minyak.

Tips:
Jika tiada daging salai, ikan salai pun boleh digunakan.
Bezanya ialah cara memasaknya.
Jika menggunakan ikan,kuah hendaklah dimasak terlebih dahulu kerana ikan mudah hancur.








AYAM COZY




Bahan-bahan:
ayam seekor(sukahati nak potong berapa)
rempah kari
garam
rempah sup tulang
sos tomato
sos cili
minyak sapi
susu cair
bawang besar (hiris bulat)
bawang merah (tumbuk)
bawang putih(tumbuk)
halia(tumbuk)
cili merah(hiris)
tomato,daun sup,bawang goreng(untuk hiasan)

Cara-cara:
Perap ayam dengan bawang merah,bawang putih dan halia yang telah ditumbuk.
Gaul sedikit rempah kari dan garam.
Perap lebih kurang 15 minit.
Goreng ayam dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak sapi.
Tumis bahan-bahan tumbuk .
Buka bungkusan rempah sup dan tumis bersama dengan bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan 1/2 botol sos tomato,sos cili dan 1/2 tin susu cair.
Biarkan mereneh buat seketika baru masukkan ayam tadi.
Gaul rata. Hidang dan hias dengan cili merah,daun sup dan bawang goreng.

Tips:
Hidangan ini enak dimakan bersama dengan nasi minyak/beriani.
(takpun nasi putih pun ok gak)

Tuesday, July 6, 2010

AGAR-AGAR KELEDEK




Bahan-bahan:
1 tahil agar-agar
1 kati keledek
1 kati gula pasir
1 tin susu cair
1 helai daun pandan
2 biji telur ayam

Cara-cara:
Bersihkan agar-agar,rendam dan rebus dengan empat gelas air dan daun pandan.
Bila sudah hancur,masukkan gula,rebus lagi dan tapis.
Buang kulit keledek,rebus dan lecek halus.
Kacau telur bersama susu cair,campur ke dalam campuran keledek.
Campurkan ke dalam agar-agar dan perlahankan api.
Tambah pewarna kuning jika suka dan biar hingga mendidih.
Sejukkan dalam loyang kegemaran anda.

KEK PAUN







Bahan-bahan asas:
8 oz tepung gandum
8 oz gula halus
8 oz mentega/majerin
2 camca teh baking powder
2 camca besar susu
4 biji telur
2 camca teh esen vanila

Cara-cara:
Kacau gula dan mentega. Pukul hingga kembang.
Masukkan telur sebiji-sebiji.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Masukkan susu,esen dan gaul rata.
Bakar seperti biasa.

Tips:
Kek ini adalah asas. Anda boleh mencuba pelbagai variasi.
Kek Kismis-Masukkan 2 oz kismis tapi tinggalkan susu.
Kek Kopi -Masukkan 1 camca teh kopi tapi tinggalkan esen.
Kek Coklat-Masukkan 31/2 oz tepung dan 1/2 oz koko dan tambah susu jika perlu.
Kek Oren -1 biji kulit oren disagat.Ambil airnya dan tinggalkan susu dan esen.
Kek Pisang-1 biji pisang dilecek.Tambah 1 camca teh air limau.Tinggalkan susu dan esen.
Kek Sandwic-Tinggalkan susu
Kek Kosong - Tinggalkan semua (hahahaha)

BUTTER PRAWNS


Ingredients:
A)
600 g large prawns
1 teaspoon salt
1 teaspoon sugar
1/2 teaspoon pepper
1 teaspoon sesame oil
(marinate these for about 15 min)

3 tablespoon cornflour
1 tablespoon curry powder
(mix these together)

B)
3 eggs yolks
1 tablespoon evaporated milk
1/4 teaspoon salt
1/4 teaspoon pepper
(fry these into scramble egg)

2 tablespoon butter
1 tablespoon chopped garlic
2 tablespoon chopped chilli
1 tablespoon chopped curry leaves
1 tablespoon oyster sauce

Method:
1.Trim off feelers and legs from prawns. Rinse,pat dry and marinate.
Put aside for 15 min.
2. Toss in cornflour mixture. Fry and drain the prawns.
3. Use butter.Fry egg mixture and stir while frying. Remove.
4. Fry garlic mixture until fragrant. Mix the prawns and egg strips. Serve.

Monday, July 5, 2010

UBI VADAI




Bahan-bahan:
ubi kayu (yang merah)
daun kari
cili merah
bawang merah
bawang putih
udang kering
garam
kunyit

Cara-cara:
Sagat ubi kayu. Buang sedikit airnya jika airnya banyak.
Tumbuk bawang merah,bawang putih,udang kering dan cili merah.
Gaul bahan tumbuk tadi ke dalam ubi yang telah disagat.
Masukkan sedikit garam dan kunyit.
Masukkan daun kari yang telah diracik-racik ke dalam adunan ini.
Panaskan minyak.
Bulat-bulatkan adunan ini seperti guli dan goreng.

Tips:
Hidangan ini sesuai untuk minum petang.
Jika tiada udang kering,boleh juga digunakan ikan bilis.

Sunday, July 4, 2010

KUIH PORTUGAL




Bahan-bahan:
ubi kayu
pisang emas
kelapa parut
pewarna
gula
garam

Cara-cara:
Sagat ubi kayu. Kemudian bahagi 2.
Jika air ubi banyak,perah sedikit.
Satu bahagian diwarnakan dengan merah,satu dibiarkan.
Gaul gula secukup rasa.
Sediakan loyang untuk mengukus.
Masukkan sedikit ubi warna putih sebagai lapisan pertama.
Kemudian lapis dengan hirisan pisang emas.
Lapisan ketiga ialah adunan ubi warna merah
Seterusnya lapisan pisang emas dan ubi warna putih.
Buat berselang-seli hingga habis. Kukus hingga masak.
Bila hendak menghidang,gaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam .

Tips:
Gunakan ubi merah kerana ia lebih sedap.Boleh guna selain daripada pisang emas,cuma pisang lain kurang ngammmmm.

KEROPOK BAYAM


Ingredients:
1 / 2 pounds of spinach leaves
1 / 2 pounds of rice flour
1 tablespoon coriander
1 tsp cumin gross
4 red onions
6 cloves garlic
little lime
salt

Ways :
bayam.Ambil leaf spring day sahaja.Rendam 1 / 2 hours in lime water .
Coriander , cumin , garlic pounded to pulp and mix with rice flour and water .
Enter a pinch of salt.
Drain spinach leaves earlier .
Dip spinach leaves in a mixture of flour mixture and fried .

Tips :
Use a large spinach leaves . ( because the leaves will fall off when fried spinach , if x saturated frying , hehehehe )
Provide a chair for you to sit .. ( tired frying know ...)

Saturday, July 3, 2010

UDANG MENTEGA


Bahan-bahan:
udang besar (harimau ke,singa ke...)
secubit garam
gula
1 camca teh lada sulah
1 camca teh minyak bijan
(bahan A ini diperap 10 minit)

3 biji telur
1 camca besar susu cair
secubit garam
lada sulah
(bahan B ini dibuat seperti 'scramble egg'

mentega
1 camca besar sos tiram D
tepung jagung (c)
rempah kari (c)
bawang putih (cincang lumat) D
cili padi/merah(hiris) D
daun kari D

Cara-cara:
Udang dibuang kulit dan belah belakang.
Tos dan perap.
Buat 'scramble egg'.Asingkan.
Udang tadi digoreng dalam minyak biasa dengan dicelupkan ke dalam bahan c yang telah digaul rata tadi.Asingkan.
Goreng bahan D dengan mentega hingga wangi. Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaul dan masukkan telur tadi. Hidang.

IKAN BILIS KOWKOW


Bahan-bahan:
ikan bilis
cili api/cili padi/cili burung
bawang merah
bawang putih
halia
garam
kunyit
Cara-cara;
Tumbuk lumat cili bersama bawang merah,bawang putih dan halia.
Tumiskan dulu bahan ini sehingga wangi.
Masukkan garam dan kunyit bersama.
Ikan bilis digoreng dahulu hingga garing.Ketepikan.
Setelah bahan cili tadi masak,baru dimasukkan ikan bilis tadi.
Gaul sebentar.Sedia untuk dihidang dengan nasi panas.
Tips:
Gunakan ikan bilis yang halus,tetapi bukan ikan bilis jepun kerana ikan bilis jepun agak masin.
Boleh gunakan ikan bilis yang besar,cuma rasa ikan bilis besar agak liat.

IKAN SUNGAI & BELIMBING BULUH



Bahan-bahan:
ikan sungai (apa-apa jenis yg anda suka)
santan cair
santan pekat
cili api/cili burung/cili padi (tumbuk lumat)
serai (titik)
bawang merah (tumbuk bersama cili)
bawang putih (tumbuk bersama cili)
garam
belimbing buluh (jika besar belah dua)
kunyit

Cara-cara:
Masukkan santan cair,cili,bawang,serai,garam,kunyit dan jerang atas api.
Masak kuah hingga menggelegak.
Masukkan ikan sungai tadi.
Kacau sesekali hingga ikan masak. Bila ikan telah masak,masukkan belimbing.
Masukkan santan pekat/pati .
Masak hingga terbit minyak.

Tips:
Jika tiada ikan sungai,boleh guna lain-lain ikan seperti ikan parang,tongkol,kembung,tenggiri
dan kalau ingin mencuba dengan lain-lain jenis ikan,silakan.
Kalau suka,jika menggunakan ikan tongkol,campur sedikit kerisik.







Friday, July 2, 2010

BISKUT ARAB


1 tin minyak sapi QBB yang kecil
I gelas gula halus (gunakan gelas 8 oz)
1 gelas tepung gandum

Cara-cara:
Campur minyak sapi dan gula. Kacau hingga kembang atau hingga adunan sebati.
Gunakan senduk kayu.
Masukkan tepung gandum. Gaul menggunakan tangan.
Jika adunan lembik,tambah tepung gandum.
Bulat-bulatkan sebesar guli. Susun atas dulang pembakar.
Jika suka,hias dengan hirisan buah ceri.
Bakar lebih kurang 10 minit.
Tips:
Jika adunan lembik semasa menguli,jangan tambah banyak sangat tepung kerana biskut
anda akan menjadi keras.

LAKSA JOHOR



Bahan-bahan:
ikan parang/tenggiri (rebus,buang tulang)(c)
santan cair (ikut suka)(b)
santan pekat(d)
kerisik(d)
spaghetti(rebus hingga lembut)
daun kesum(c)
bunga kantan(c)
serai (b)
rempah kari (a)
daun kari (b)
bawang putih (a)
bawang merah (a)
belacan
cili api/cili merah
garam(c)
Cara-cara:
Rebus ikan yang dipilih.Buang tulangnya.Simpan air rebusan ikan.Lenyek isi ikan.
Tumis bahan (a).Kacau hingga wangi.
Masukkan (b).Biar menggelegak.Masukkan (c).
Masak kuah hingga santan masak.Masukkan (d).
Kecilkan api.Biar kuah masak betul.
Buat sambal belacan.
Kalau suka,sediakan tauge,timun(hiris)cili merah(hiris)
Rebus spaghetti.
Sedia untuk dihidang.
Tips:
Kuah bergantung kepada kehendak individu. Jika untuk hidangan lebih ramai tetamu,perbanyakkan santannya.Jika ingin kuah yang pekat,lebihkan isi ikannya.