
Bahan-bahan:
daging salai
santan cair
santan pekat
cili api/padi/burung
bawang merah
bawang putih
serai
halia
garam
kunyit
belimbing buluh
Cara-cara:
Tumbuk halia, cili,bawang merah,bawang putih hingga lumat.
Masukkan bahan tumbuk ke dalam santan cair bersama garam,kunyit,serai dan daging salai.
Masak hingga menggelegak.
Bila gulai telah hampir masak,masukkan santan pekat/pati dan belimbing buluh yang telah dibersihkan.
Kecilkan api,masak hingga terbit minyak.
Tips:
Jika tiada daging salai, ikan salai pun boleh digunakan.
Bezanya ialah cara memasaknya.
Jika menggunakan ikan,kuah hendaklah dimasak terlebih dahulu kerana ikan mudah hancur.
No comments:
Post a Comment