Wednesday, September 1, 2010

GULAI AYAM KAMPUNG & KEMUMU


Bahan-bahan:

Ayam kampung(siang dan bersihkan)

cili api (ikut suka)

bawang merah

bawang putih

halia,serai

garam,kunyit

batang kemumu(sayat kulit,potong2 dan rendam dalam air garam)

santan cair

pati santan

asam keping


cili merah,tomato





Cara-cara:


Tumbuk cili api,bawang merah,bawang putih,halia.


Masukkan dalam santan cair bersama garam,kunyit dan serai.


Jerang bersama ayam kampung tadi di atas api.


Kacau2 gulai hingga ayam empuk.


Bila ayam telah masak,masukkan batang kemumu tadi bersama pati santan.


Rasa asam garamnya dan masak hingga terbit minyak.

Monday, August 30, 2010

MEE SUP ALA KUANG




Bahan-bahan:

Mi kuning atau mihun

ayam (ikut suka)

rempah sup(tumbuk dulu)
bawang merah

bawang putih

serai,garam
cili api (tumbuk )

tomato

daun sup,batang sadri

tauge,tahu

cili merah(racik)

kunyit

Cara-cara:
Tumis bahan rempah untuk sup hingga wangi dengan bawang merah dan bawang putih.

Masukkan ayam yang telah dibersihkan.

Tambah air untuk kuahnya

Masukkan garam,serai dan masak seperti sup biasa.

Potong-potongkan batang sadri dan campakkan ke dalam sup tadi.

Tumis cili api bersama bawang merah,bawang putih hingga wangi.

Masak dengan api yang paling kecil.

Bubuh sedikit kunyit.

Masak hingga wangi.

Ketepikan.


Celurkan mi tadi.
Hias dengan cili merah,tomato yang telah dihiris,tauge,daun sup.
Hidang seperti biasa.

Friday, August 27, 2010

LABU AIR


Bahan-bahan:

1 biji sayur labu air(besar ikut suka)

ikan bilis

cili api

bawang merah

bawang putih

serai,garam,kunyit


Cara-cara:

Siang labu air dan potong dadu.

Buang empulur nya.

Rendam labu air tadi dalam bekas yang berair supaya tidak mudah kering.

Tumbuk cili api bersama-sama dengan ikan bilis dan bawang.

Tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau.

Masukkan serai,garam,kunyit.

Masukkan labu air tadi. Gaul.

Sungkup dan biar hingga labu empuk.

Jika suka banyak kuah,tambah airnya/

Rasa garamnya dan angkat.

Thursday, August 26, 2010

BUBUR CACA


Bahan-bahan:

1 buku keladi (bersihkan,kupas dan potong dadu)

1 buku keledek (bersihkan,kupas dan potong dadu)

1 buku ubi kayu(bersihkan ,kupas dan potong dadu)

gula merah/gula melaka

santan

daun pandan

sedikit sagu mata ikan (basuh dan toskan)


Cara-cara;

Rebus bahan-bahan yang didadu hingga lembut dan empuk.

Masak gula merah/gula melaka bersama daun pandan,kemudian di tapis.

Masukkan santan ke dalam bahan rebus bila bahan rebus telah empuk.

Bubuh gula yang telah ditapis tadi.

Kacau rata.

Masukkan sagu mata ikan tadi.

Bila sagu telah jernih,boleh la di angkat bubur ini.

Rasa gulanya, kalau suka manis,tambah sedikit gula putih.

Wednesday, August 25, 2010

ANYANG


Bahan-bahan:

1 ikat pucuk pegaga

2 potong ikan tenggiri/jenahak/kerapu

lada hitam (ikut suka- tumbuk)

bawang merah

bawang putih

kunyit,serai,garam

sedikit air

asam keping


Cara- cara:

Bersihkan pucuk pegaga (kalau tak suka akarnya,potong )

Toskan.

Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk bersama dengan lada hitam.

Bila telah wangi,masukkan ikan yang telah dibersihkan dan gaul sebentar.

Bubuh air,serai,garam,kunyit dan asam keping.

Masukkan pucuk pegaga tadi.

Sungkupkan.

Jika kuahnya kering,tambah lagi air.

Bubuh tomato yang telah dibelah-belah bila telah hampir masak ikannya.

Angkat.

GULAI UDANG DENGAN PUCUK PEGAGA


Bahan-bahan:

1 ikat pucuk pegaga

udang besar 1/2 kg

bawang merah

bawang putih

serai,garam,kunyit

santan cair

santan pekat

asam keping

tomato 2 biji (belah 2 atau 4)

cili merah 1 ulas (hiris panjang)

cili api (ikut suka)


Cara-cara:

Bersihkan pucuk pegaga dan tos(buang akar kalau x suka)

Udang dibuang kepala dan ekor sahaja.

Bersih dan toskan udang.

Tumbuk cili api bersama bawang merah dan bawang putih.

Jerang santan cair bersama bahan tumbuk.

Bubuh garam,kunyit,asam keping dan serai.

Masak kuahnya dahulu.

Setelah menggelegak,masukkan pucuk pegaga.

Kacau dan masukkan pula udang.

Masukkan santan pekat,tomato dan cili merah.

Rasa garamnya dan angkat 5/8 minit kemudian.
Tips:
Pucuk pegaga boleh digantikan dengan rebung,belimbing buluh atau peria.

Tuesday, August 24, 2010

KARI KERANG


Bahan-bahan:

Kerang 1 kg

santan pekat

santan cair

bawang merah

bawang putih

serai

rempah kari

daun kari

garam


Cara-cara:

Kerang hendaklah di cuci dengan bersih sehingga segala kotoran yang melekat pada kulitnya tanggal.

Cara yang mudah,cuci kerang di bawah air paip yang kuat sambil menggosok-gosok kulit kerang dengan tangan atau berus.

Toskan kerang.

Tumis kan bawang putih,bawang merah,daun kari dan serai hingga wangi.

Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air.

Gaul rata. Masukkan santan cair dan garam.

Biar kuah menggelegak baru lah dimasukkan kerang tadi.

Masukkan santan pekat.

Biarkan hingga kuah masak dan angkat.

Saturday, August 21, 2010

AYAM TIKKA


Bahan-bahan:

1 ekor ayam

3 oz lada kering

2 oz ketumbar

6 ulas bawang merah

6 ulas bawang putih

2 oz kayu manis

1 oz bunga cengkih

3 oz lada hitam

3 oz mentega

garam


Cara-cara:

Bersihkan ayam dan belah dua.

Giling semua rempah dan lumurkan pada ayam.

Mentega hendaklah dicairkan dan disapukan pada ayam bila hendak dipanggang.

Cara memanggang:

Cucukkan ayam kepada besi panjang dan dipanggang atas api arang.

Panggang ayam sampai kuning dan rempah sebati dengan ayam baru diangkat.


Tips:

Boleh juga dipanggang di dalam oven.

Thursday, August 19, 2010

KEK COKLAT KUKUS


Bahan-bahan:

Buttercup 250 g

Gula 2 cawan

Telur 3 biji

Esen vanila 1 camca

Susu cair 1 cawan

Air suam 1 cawan

Tepung naik sendiri 2 cawan

Serbuk koko 1 cawan

serbuk penaik 1 camca


Cara-cara:

Kacau gula dengan buttercup hingga kembang.

Masukkan telur sebiji sebiji.

Masukkan tepung naik sendiri sedikit sedikit.

Masukkan serbuk koko.

Gaul rata.

Masukkan serbuk penaik.

Masukkan susu cair beransur-ansur.

Begitu juga dengan air dan esen vanila.

Masukkan dalam bekas dan kukus hingga masak.

Tuesday, August 17, 2010

TOMYAM POKTEK


Bahan-bahan:

ketam 2 ekor (bersihkan dan belah dua)

udang besar 5 ekor(buang kepala dan ekor)

sotong 2 ekor(bersihkan dan potong kecil jika besar)

lala 1 mangkuk

daun ketumbar

serai

lengkuas, halia

daun limau purut

limau nipis

pes tomyam 4 sudu

tomato puri 4 sudu

bawang besar

bawang putih

cili api

tomato

lobak

bawang goreng


Cara-cara:

Tumiskan bawang besar,bawang putih,pes tomyam dan tomato puri sebentar hingga wangi.

Masukkan air untuk kuahnya.

Masukkan serai,halia yg diketuk,lengkuas dan biarkan menggelegak.

Kemudian,masukkan semua makanan laut yang telah ditoskan.

Campakkan beberapa helai daun limau purut.

Kecilkan api,biarkan merenih.

Setelah masak, masukkan tomato,lobak .

Bila hendak diangkat,taburkan daun ketumbar dan bawang goreng serta perah sedikit asam limau.


GULAI UDANG GALAH


Bahan-bahan:

udang galah (ikut suka)

santan cair

santan pekat

bawang merah

bawang putih

halia,serai

tomato

cili api

kunyit

asam keping.


Cara-cara:

Siang udang galah,bersihkan dan tos.

Tumbuk cili api,bawang merah,bawang putih hingga lumat.

Masukkan bahan tumbuk ke dalam santan cair

Jerang atas api,masukkan serai.

Titikkan halia,masukkan ke dalam gulai.

Bubuh garam,asam dan kunyit.

Masakkan kuah dan masukkan udang galah tadi.

Masukkan pati santan dan tomato.

Masak hingga terbit minyak.

GULAI PUCUK UBI DENGAN IKAN MASIN


Bahan-bahan;

Pucuk ubi seikat

Tulang ikan kurau masin/talang

cili api

bawang merah

bawang putih

serai

santan cair dan pati santan


Cara-cara;

Pucuk ubi dipilih,ambil pucuk saja

Tumbuk cili bersama bawang hingga lumat

Cuci ikan masin,toskan

Rebus pucuk ubi.

Jerang santan cair bersama bahan tumbuk,ikan masin dan serai.

Masak hingga mendidih.

Masukkan pucuk ubi yang telah ditoskan tadi.

Masak sekejap dan masukkan pati santan.

Didihkan hingga terbit minyak.

Angkat.

Monday, August 16, 2010

KUCAI ISI DENGAN UDANG


Bahan-bahan:

Kucai isi satu cekak

udang besar

tauhu 2 keping

cili merah (dihiris)

bawang putih (racik)

bawang besar (potong bulat-bulat)

garam


Cara-cara:

Kucai isi di siang dan di potong-potong satu inci panjang.

Bersihkan dan tos.

Tauhu di potong empat(samada bentuk segi empat/segi tiga)

Tumiskan bawang putih,bawang besar dan cili merah hingga naik bau.

Masukkan udang,garam halus. Gaul rata.

Bila udang setengah masak,masukkan pula tauhu.

Akhir sekali masukkan kucai isi dan masak lebih kurang 5-10 minit.

Angkat dan hidang panas-panas.

KASTAD JAGUNG


Bahan-bahan:

1 peket tepung bird custard

1 tin jagung krim

santan (sukatan 5 kali tin jagung)

gula ikut rasa


Cara-cara:

Masukkan semua bahan seperti jagung,santan dan tepung dalam periuk.

Masukkan gula ikut rasa.

Kacau supaya tidak berketul-ketul.

Jerang atas api dan kacau hingga pekat.

Apabila kastad telah pekat/berkilat, masukkan dalam bekas.

Sejukkan di dalam peti hingga keras.





Sunday, August 15, 2010

CENDAWAN BUSUT(MUSHROOMS )


Bahan-bahan:
cendawan busut(kuantiti ikut suka-bukan cendawan tiram)
cili api
serai
garam
bawang merah
bawang putih
ikan bilis
santan (jika suka)

Cara-cara:
Siang cendawan. Bersih dan toskan.
Tumbuk cili api bersama bawang.
Ikan bilis di tumbuk sedikit,jangan sampai hancur.
Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan cendawan. Gaul rata.
Masukkan santan. Jika tidak suka berlemak,gantikan santan dengan air.
Jangan biarkan masakan terlalu lama hingga cendawan lembik.
Hidang panas-panas.

Friday, August 13, 2010

RENDANG LANDAK


Bahan-bahan:
1 kg daging landak (potong dadu,bersihkan)
1 kg santan
1 mangkuk pati santan
bawang merah (tumbuk)
bawang putih (tumbuk)
halia,serai(sagat)
garam, kunyit
kerisik( tumbuk)
cili api (tumbuk)
lengkuas(sagat)
asam keping

Cara-cara"
Landak yang telah dibersihkan hendaklah direbus dahulu dengan daun senduduk.
Daging nya diletakkan berselang-seli dengan daun itu.
Rebus hingga setengah masak.
Tumis lah bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga wangi.
Masukkan bahan sagat dan kacau-kacau bersama hingga wangi.
Masukkan daging landak tadi.
Gaul rata dan biarkan mendidih sebentar.
Masukkan garam.
Kemudian masukkan santan pertama.
Masak hingga daging lembut.
Masukkan pati santan.
Lebihkurang 10 minit,masukkan kerisik.
Kecilkan api dan biar rendang kering sedikit.
Jika suka berkuah,angkat segera sebelum kering.

Thursday, August 12, 2010

MASAK LADANG AYAM HUTAN


Bahan-bahan:
Seekor ayam hutan(cabut bulu,siang dan bersihkan)
cili api ( ikut kesukaan masing-masing)
bawang putih
bawang merah
kunyit
garam
halia,serai
air (ikut keperluan)
asam keping

Cara-cara:
Tumbuk cili bersama bawang putih , bawang merah dan halia.
Tumis cili yang ditumbuk tadi hingga wangi.
Masukkan serai.
Masukkan ayam yang telah dibersihkan bersama-sama air.(ikut keperluan)
Bubuh kunyit,garam ,asam dan sungkupkan.
Masak hingga ayam empuk.
Jika perlu,tambah air.

Tips:
Ayam hutan boleh digantikan dengan ayam kampung/biasa/ikan.

Wednesday, August 11, 2010

GULAI JERING


Bahan-bahan:
Jering tua/jering cambah (direbus dahulu,kemudian di tumbuk sedikit tapi jangan sampai lumat)
santan cair
santan pekat
ikan bilis
cili api
bawang merah
bawang putih
serai
kunyit
garam

Cara-cara:
Tumbuk cili bersama bawang hingga lumat.
Masukkan ke dalam santan cair.
Bubuh sedikit kunyit
Masukkan garam,serai dan jerang atas api hingga kuah masak.
Setelah kuah masak,masukkan jering yang telah ditumbuk tadi bersama ikan bilis.
Masukkan pati santan.Rasa garamnya.
Kecilkan api dan masak hingga terbit minyak.
Angkat.

KEK KELAPA


Bahan-bahan:
8 oz mentega
8 oz gula kastor
7 1/2 oz tepung naik sendiri
1/2 oz kelapa kering(warnakan merah dan hijau)
4 biji telur

Cara-cara:
Warnakan kelapa dan biarkan hingga kering warnanya
Kacau gula dan mentega hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Masukkan kelapa kering tadi.
Gaul rata dan bakar.

Sunday, August 8, 2010

SAMBAL PETAI (ALA KUANG)


Bahan-bahan:
petai (dikikis kulitnya dan dipotong serong-serong)
rendam dalam bekas berair supaya tidak mudah kering
cili api( tumbuk)
ikan bilis
bawang besar (hiris bulat)
bawang putih (tumbuk bersama cili api)
sedikit asam jawa
sedikit belacan
Cara-cara:
Tumis cili api bersama bawang tadi hingga cili masak.
Masukkan bawang besar.
Masukkan petai dan ikan bilis.
Asam jawa yang telah dibancuh dengan belacan tadi dituang ke dalam masakan.
Jika hendakkan lebih kuahnya,tambah sedikit air.
Sambal ini hendaklah dimasak hingga petai menjadi lembut kulitnya.
Masak di atas api yang sederhana.

Saturday, August 7, 2010

SAMBAL JERING(CAMBAH)




Bahan-bahan:
jering cambah ( banyak ikut suka)
cili kering (kalau x ada cili giling peket pun boleh)
garam
ikan bilis
bawang besar(hiris bulat)
bawang putih
sedikit minyak

Cara:
Jering dihiris nipis-nipis.
Goreng jering (kalau suka garing)
Asingkan.
Goreng ikan bilis hingga garing.
Asingkan.
Tumis bawang putih dan bawang besar.
Masukkan cili dan garam.
Masak cili hingga harum.
Masukkan ikan bilis dan jering tadi.




JERING TUA

Bahan-bahan:
Jering tua (rebus sedikit dan hiris juga)
bawang besar
bawang putih
cili api (tumbuk bersama bawang putih dan sedikit bawang merah)
ikan bilis
minyak

Cara-cara:
Tumis cili bersama bawang tadi.
Masukkan garam.
Masak cili hingga naik bau.
Masukkan ikan bilis. Gaul.
Masukkan jering tadi bersama bawang besar.
Biar wangi sekejap baru angkat.


Thursday, July 15, 2010

TANDOORI CHICKEN


Ingredients
12 chicken drumsticks
1/3 cup(80 ml) lemon juice
4 cloves garlic,crushed
1 tablespoon grated fresh ginger
1/2 cup(125 g) tandoori paste
1 tablespoon ground cumin
1/4 teaspoon paprika
1 pinch of chilli powder
1 cup(250 ml)plain yoghurt
1 teaspoon salt
lemon wedges to serve

Method
Remove the skin from the chicken and make a couple of deep cuts on each side of the drumsticks.
Brush flesh with 3/4 of the lemon juice and marinate for 30 minutes.
Place garlic,ginger,tandoori paste,ground cumin, paprika,chilli powder,yoghurt,salt and the remaining lemon juice in a bowl and mix together.
Place drumsticks in a dish and spread with yoghurt mixture,cover with some plastic wrap and refrigerate for several hours/overnight.
Preheat oven to gas 4.
Place drumsticks on a wire rack,bake until tender.
Serve with lemon wedges/rice/naan bread.

Tips
To make your own tandoori paste.
1/2 onion
4 cloves garlic
1 tablespoon grated ginger
3 teaspoon coriander seeds
1 tablespoon cumin seeds
1 tablespoon lemon juice
1 teaspoon salt
Process the mixture in a food processor.
Combine these with 1/4 teaspoon paprika
1 pinch of chilli powder
1 cup plain yoghurt
few drops of red food colouring

BISKUT MAKMUR


Bahan-bahan

3 gelas tepung gandum

3/4 gelas gula halus

1/2 kati kacang tanah(goreng dan kisar)

1 paun minyak sapi


Cara-cara


Untuk inti

Gaul kacang dengan marjerin


Untuk kulit

Gaul tepung gandum dengan gula.

Masukkan minyak sapi yang sudah dicairkan.


Tips

Adunan yang belum dibentuk dimasukkan ke dalam plastik supaya tidak kering.

Guna minyak sapi QBB jika mahu hasil yang memuaskan.

Wednesday, July 14, 2010

BISKUT KELAPA & KULIT KAYU MANIS


Bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
4 oz mentega
4 oz marjerin
1 cawan gula
1/2 camca teh serbuk kayu manis
2 butir kuning telur
2 oz kelapa kering

Cara-cara
Ayak tepung,kulit kayu manis.
Gaul dengan marjerin,mentega dengan hujung jari.
Masukkan gula. Gaul rata.
Masukkan kuning telur. Gaul.
Bulat2kan kemudian golekkan atas kelapa kering.
Bakar.

Monday, July 12, 2010

BISKUT DAM



Bahan-bahan putih
250 g mentega
150 g gula aising
325 g tepung gandum
Bahan-bahan koko
250 g mentega
125 g gula aising
325 g tepung gandum
25 g serbuk koko

Cara membuat bahagian putih
Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
Masukkan tepung .

Cara membuat bahagian koko
Sama seperti putih cuma masukkan koko.

Cara membuat keseluruhan
Canai adunan putih setebal 1 cm.Buat sama dengan adunan koko.
Lekatkan berselang-seli hingga menjadi seperti dam.
Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam.
Setelah keras,potong nipis dan bakar hingga kuning.


IKAN TIGA RASA


Bahan-bahan
1 ekor ikan(pilihan sendiri-bawal/kerapu/siakap/kembung dll)
4 sudu makan minyak
garam,gula,serbuk perasa

Kisar
1 biji bawang besar
5 biji cili merah
8 biji cili padi
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
3 sudu makan cuka
1 tangkai daun ketumbar
1 biji buah tomato

Cara-cara
Goreng ikan hingga garing,ketepikan.
Tumis bahan kisar sehingga kkuah pekat.
Masukkan garam,gula dan serbuk perasa.
Tuang ke atas ikan tadi.

Sunday, July 11, 2010

JUS YOGURT




Bahan-bahan
150 ml jus oren
75 ml yogurt tanpa lemak
1 sudu teh madu
1 biji pisang (buang kulit)
sedikit kiub ais
ceri merah

Cara-cara
Kisar jus oren dan pisang hingga hancur.
Masukkan madu,yogurt dan kisar lagi hingga sebati.
Tuang dalam gelas,bubuh kiub ais dan hias dengan hirisan limau dan ceri.
LASSI MANGGA
Bahan-bahan
90 ml jus mangga
30 ml air gula sirap merah
2 sudu makan yogurt
sedikit krim putar
kiub ais dan ceri
Cara-cara
Tuangkan yogurt dan jus mangga ke dalam pengisar.Kacau rata.
Masukkan kiub ais dan kisar hingga sebati.
Tuang dalam gelas dan bubuh sirap merah dan krim putar.

SALMON AND CAMEMBERT CROQUETTES


Ingredients
3 large potatoes(1 kg)
1 small onion(chopped)
2 x 210g cans pink salmon,drained and flaked
1 tablespoon chopped fresh parsley
2 teaspoon finely grated lemon rind
1/4 cup lemon juice
1 tablespoon vinegaar
1 egg,lightly beaten
ground pepper
60 g camembert cheese,cubed
1/4 cup plain flour1
1-1/2 cups fresh white breadcrumbs
oil,for deep frying
2 eggs for coating

Method
Cook potatoes in large pan until tender,drain and mash.
Add onion,salmon,parsley,lemon rind and juice,vinegar,egg,pepper to taste.
Stir and combine.
Divide mixture into 16 evenly sized portions.
Form into a sausage shape.
Put the cheese into the centre of each one.
Combine flour and pepper in a sheet,and toss the croquettes in the seasoned flour.
Dip into beaten egg,then into the crumbs.
Store and covered into the refrigerator for 3 hours.
Heat oil and fry the croquettes until golden brown.
Drain oil and serve.

Tips
You can use one egg instead of two for coating,beating in a little milk for sufficient liquid.

NASI DAGANG PUTIH


Bahan-bahan
7 tin susu beras
1 tin susu beras pulut
6 ulas bawang merah dihiris
1 cm halia dihiris
1 sudu makan halba
garam
santan cair dan pati santan

Cara-cara
Campur beras dan beras pulut.Rendam 2 jam.
Toskan beras,kukus hingga separuh kembang.
Angkat dan masukkan santan cair,gaul dan kukus semula.
Angkat setelah 10 minit dan masukkan pati santan,bawang,halia,halba dan garam.
Gaul rata dan kukus semula hingga masak.

GULAI IKAN TONGKOL

Bahan-bahan
2 ekor ikan tongkol
2 senduk cili
santan
1 senduk bawang merah tumbuk
1 sudu besar halia tumbuk
4 ulas bawang putih tumbuk
1 senduk rempah kurma
2 keping kecil gula melaka
3 sudu teh gula pasir
4 biji cili merah dan cili hijau belah 2
asam keping,garam.

Cara-cara
Bersihkan ikan.
Panaskan minyak,tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau.
Masukkan ikan,gula melaka,gula,garam.
Masukkan santan bila sudah mendidih bersama asam,cili.
Setelah sebati dan pekat boleh lah di angkat.

Tips
Jika tidak suka gulai yang manis,tinggalkan gula.
Jika suka lebih pedas,tambah cili.

KEK MANGKUK COMEL


Bahan-bahan
6 biji telur
3 cawan tepung gandum
2 cawan gula kastor
1 cawan mentega
2 sudu besar susu tepung
3 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil sirap kencana

Cara-cara
Mentega,gula dan esen dipukul hingga kembang.
Masukkan telur sebiji-sebiji.
Masukkan tepung,serbuk penaik dan sirap
Pukul hingga sebati.
Masukkan ke dalam beg aising dan paipkan ke dalam mangkuk kertas.
Bakar.
Sejukkan dan hias ikut suka.

BAMIAH


Bahan-bahan
1 kati daging kambing/lembu
1/4 kati bendi
3 ulas bawang besar (cincang)
3 biji tomato (hiris)
1 tin kecil minyak sapi
halia sebesar ibu jari (tumbuk)
5 ulas bawang putih(tumbuk)
1 camca kecil lada sulah
1 cawan susu
1/2 biji limau nipis
1 tin kecil tomato puri/1 senduk sos tomato

Cara-cara
Potong daging,toskan.
Cuci bendi.
Bawang putih,halia,bawang besar digaul dengan daging hingga mesra.Biarkan meresap seketika.
Jerang periuk daging dengan 2 mangkuk air hingga empuk. Tambah air jika perlu.
Bila empuk,masukkan susu cair,tomato puri.
Setelah hampir masak,masukkan bendi.
Didihkan dalam 5-10 minit. Angkat.

CHUNKY DOUBLE CHOCOLATE COOKIES


Ingredients
115 g unsalted butter
115 g light muscovado sugar
1 egg
5 ml vanilla essence
150 g self raising flour
115 g plain chocolate (roughly chopped)
75 g porridge oats
115 g white chocolate (roughly chopped)

Method
Cream butter and sugar in a bowl until fluffy.
Add egg and vanilla. Beat well.
Stir flour over the mixture.
Add oats and chopped chocolates.
Place small spoonfuls of the mixture and leave space for spreading.
Bake until golden brown.

Saturday, July 10, 2010

recipe: KERABU BUNGA KANTAN

recipe: KERABU BUNGA KANTAN: "Bahan-bahan:4 kuntum bunga kantan2 ulas bawang merah2 sudu gula2 batang serai2 inci halia20 biji lada hitamudang kering1 cawan kelapasediki..."

KERABU BUNGA KANTAN


Bahan-bahan:
4 kuntum bunga kantan
2 ulas bawang merah
2 sudu gula
2 batang serai
2 inci halia
20 biji lada hitam
udang kering
1 cawan kelapa
sedikit asam jawa,garam

Cara-cara:
Bunga kantan dibersihkan,kemudian dimayang halus.
Bawang merah,halia,lada hitam dan udang digiling/tumbuk lumat.
Kelapa parut digaulkan dengan asam jawa,gula dan bahan giling.
Masukkan bunga kantan .
Gaul rata.
Bila sesuai rasanya,boleh lah dihidang.

Friday, July 9, 2010

SARDIN GULUNG


Bahan-bahan:
(pastri)
4 oz tepung gandum
2 oz majerin
garam
4 camca besar air sejuk
(inti)
2 ekor ikan sardin (lecek)
1 biji cili merah
1 biji bawang besar
2 biji timun (hiris)
1/2 biji telur
daun sup
air limau nipis
lada sulah

Cara-cara:
Cili dihiris 4.
Cincang bawang ,timun,daun sup.
Campurkan cili,bahan cincang,ikan dan masukkan garam,lada sulah dan air limau.
Canai pastri dan masukkan inti.
Pastri dipotong 4 segi.
Gulung pastri,kelar dan sapu telur atasnya.
Bakar dalam ketuhar dalam 15 minit.

IKAN SUMBAT


Bahan-bahan:
ikan cencaru (belah belakang)
kelapa parut
cili merah
bawang merah
bawang putih
serai
sedikit belacan,garam,kunyit
udang kering

Cara-cara:
Ikan cencaru dibelah belakang.Bersihkan.
Tumbuk udang, bawang merah,bawang putih,cili,serai hingga lumat.
Masukkan belacan,garam dan kunyit.
Gaul rata ersama kelapa parut tadi.
Sumbatkan ke dalam ikan tadi dan goreng hingga masak.

Thursday, July 8, 2010

STIR FRIED FRAGRANT CLAMS


500 g clams
2 tablespoon tapioca flour
8 dried chillies,cut and soaked
2 stalks curry leaves
1 stalks lemongrass
1 tablespoon shredded young ginger
10 chilli padi,chopped
1 tablespoon black bean and garlic paste
oil/margarine

Seasoning:
1 tablespoon fish sauce/nampla
1 tablespoon oyster sauce
/2 teaspoon chicken stock
sugar,pepper


Method:
Soak clams in salty water for 30 min.Rinse,wipe dry.
Heat oil.(deep fry clams)
Dish up and sprinkle evenly with tapioca flour.
Heat oil. Saute lemongrass and ginger.Dish up and set aside.
Saute dried chillies and curry leaves. Add margarine and fry chilli padi,dried chillies,black bean and garlic paste until fragrant.
Stir in seasoning and clams.
Blend well.

ACAR NYONYA

Bahan-bahan:
1 biji timun
1 batang lobak merah
4 inci halia
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah
sedikit cuka,gula,belacan
2 sudu besar udang kering
6 biji cili kering

Cara-cara:
Timun dibuang biji kemudian dipotong panjang2.
Lobak dikikis kulit dan dipotong seperti timun.
Halia dikikis kulitnya kemudian dimayang.
Cili merah dibelah 6 dan buang bijinya.
Bawang merah dan putih dikupas.
Panaskan air hingga menggelegak dan celur bahan-bahan ini satu persatu.
Toskan semuanya.
Tumbuk cili kering bersama udang kering dan belacan.
Panaskan minyak,tumis bahan giling dan tambah cuka,gula dan garam.
Bila dah wangi,masukkan bahan celur tadi.

Tips:
Sedap dimakan dengan nasi minyak,beriani,tomato dll.

Wednesday, July 7, 2010

HOT SOUR CRABS

Ingredients:
600 g flower crabs
tapioca flour (for dusting)
Garnishing
1 stalk spring onion
1 sprig coriander leaves

Chop and combine (a)
1 tablespoon ginger
2 sprigs curry leaves
1 tablespoon shallots
1 tablespoon garlic
1 tablespoon taucu(soya paste)

Season dan combine (b)
2 tablespoon chilli sauce
2 tablespoon tomato sauce
2 tablespoon lime juice
2 tablespoon sugar
1 tablespoon fish sauce
salt,pepper
1/2 cup water
1 teaspoon anchovies granules

Method:
Cut crabs (halves) and toss with flour.
Fry the crabs.Put aside.
Fry chopped ingredients.(a) Add seasoning .
Add sauces,water.(b)
Stir and simmer. Add crabs.Simmer until gravy thickens.
Garnish as desire.

GULAI DAGING SALAI

Bahan-bahan:
daging salai
santan cair
santan pekat
cili api/padi/burung
bawang merah
bawang putih
serai
halia
garam
kunyit
belimbing buluh

Cara-cara:
Tumbuk halia, cili,bawang merah,bawang putih hingga lumat.
Masukkan bahan tumbuk ke dalam santan cair bersama garam,kunyit,serai dan daging salai.
Masak hingga menggelegak.
Bila gulai telah hampir masak,masukkan santan pekat/pati dan belimbing buluh yang telah dibersihkan.
Kecilkan api,masak hingga terbit minyak.

Tips:
Jika tiada daging salai, ikan salai pun boleh digunakan.
Bezanya ialah cara memasaknya.
Jika menggunakan ikan,kuah hendaklah dimasak terlebih dahulu kerana ikan mudah hancur.








AYAM COZY




Bahan-bahan:
ayam seekor(sukahati nak potong berapa)
rempah kari
garam
rempah sup tulang
sos tomato
sos cili
minyak sapi
susu cair
bawang besar (hiris bulat)
bawang merah (tumbuk)
bawang putih(tumbuk)
halia(tumbuk)
cili merah(hiris)
tomato,daun sup,bawang goreng(untuk hiasan)

Cara-cara:
Perap ayam dengan bawang merah,bawang putih dan halia yang telah ditumbuk.
Gaul sedikit rempah kari dan garam.
Perap lebih kurang 15 minit.
Goreng ayam dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak sapi.
Tumis bahan-bahan tumbuk .
Buka bungkusan rempah sup dan tumis bersama dengan bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan 1/2 botol sos tomato,sos cili dan 1/2 tin susu cair.
Biarkan mereneh buat seketika baru masukkan ayam tadi.
Gaul rata. Hidang dan hias dengan cili merah,daun sup dan bawang goreng.

Tips:
Hidangan ini enak dimakan bersama dengan nasi minyak/beriani.
(takpun nasi putih pun ok gak)

Tuesday, July 6, 2010

AGAR-AGAR KELEDEK




Bahan-bahan:
1 tahil agar-agar
1 kati keledek
1 kati gula pasir
1 tin susu cair
1 helai daun pandan
2 biji telur ayam

Cara-cara:
Bersihkan agar-agar,rendam dan rebus dengan empat gelas air dan daun pandan.
Bila sudah hancur,masukkan gula,rebus lagi dan tapis.
Buang kulit keledek,rebus dan lecek halus.
Kacau telur bersama susu cair,campur ke dalam campuran keledek.
Campurkan ke dalam agar-agar dan perlahankan api.
Tambah pewarna kuning jika suka dan biar hingga mendidih.
Sejukkan dalam loyang kegemaran anda.

KEK PAUN







Bahan-bahan asas:
8 oz tepung gandum
8 oz gula halus
8 oz mentega/majerin
2 camca teh baking powder
2 camca besar susu
4 biji telur
2 camca teh esen vanila

Cara-cara:
Kacau gula dan mentega. Pukul hingga kembang.
Masukkan telur sebiji-sebiji.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Masukkan susu,esen dan gaul rata.
Bakar seperti biasa.

Tips:
Kek ini adalah asas. Anda boleh mencuba pelbagai variasi.
Kek Kismis-Masukkan 2 oz kismis tapi tinggalkan susu.
Kek Kopi -Masukkan 1 camca teh kopi tapi tinggalkan esen.
Kek Coklat-Masukkan 31/2 oz tepung dan 1/2 oz koko dan tambah susu jika perlu.
Kek Oren -1 biji kulit oren disagat.Ambil airnya dan tinggalkan susu dan esen.
Kek Pisang-1 biji pisang dilecek.Tambah 1 camca teh air limau.Tinggalkan susu dan esen.
Kek Sandwic-Tinggalkan susu
Kek Kosong - Tinggalkan semua (hahahaha)

BUTTER PRAWNS


Ingredients:
A)
600 g large prawns
1 teaspoon salt
1 teaspoon sugar
1/2 teaspoon pepper
1 teaspoon sesame oil
(marinate these for about 15 min)

3 tablespoon cornflour
1 tablespoon curry powder
(mix these together)

B)
3 eggs yolks
1 tablespoon evaporated milk
1/4 teaspoon salt
1/4 teaspoon pepper
(fry these into scramble egg)

2 tablespoon butter
1 tablespoon chopped garlic
2 tablespoon chopped chilli
1 tablespoon chopped curry leaves
1 tablespoon oyster sauce

Method:
1.Trim off feelers and legs from prawns. Rinse,pat dry and marinate.
Put aside for 15 min.
2. Toss in cornflour mixture. Fry and drain the prawns.
3. Use butter.Fry egg mixture and stir while frying. Remove.
4. Fry garlic mixture until fragrant. Mix the prawns and egg strips. Serve.

Monday, July 5, 2010

UBI VADAI




Bahan-bahan:
ubi kayu (yang merah)
daun kari
cili merah
bawang merah
bawang putih
udang kering
garam
kunyit

Cara-cara:
Sagat ubi kayu. Buang sedikit airnya jika airnya banyak.
Tumbuk bawang merah,bawang putih,udang kering dan cili merah.
Gaul bahan tumbuk tadi ke dalam ubi yang telah disagat.
Masukkan sedikit garam dan kunyit.
Masukkan daun kari yang telah diracik-racik ke dalam adunan ini.
Panaskan minyak.
Bulat-bulatkan adunan ini seperti guli dan goreng.

Tips:
Hidangan ini sesuai untuk minum petang.
Jika tiada udang kering,boleh juga digunakan ikan bilis.